BAGAI ANJING BURUK KEPALA
Maksud : Orang yang selalu dihina.
Ayat : Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala, ke mana sahaja dia pergi dirinya selalu dihina orang.
BAGAI AUR DI ATAS BUKIT
Maksud : Serah diri kepada nasib atau takdir.
Ayat : Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.
BAGAI AYAM DIBAWA KE KEPOK
Maksud : Orang yang tidak pernah masuk ke dalam majlis.
Ayat : Mak Limah dibawa oleh anak lelakinya mengikuti majlis konvokesyennya. Mak Limah bagai ayam dibawa ke kepok kerana dia tidak dapat menyesuaikan dirinya di majlis itu.
BAGAI AYAM MENGERAM TELUR
Maksud : Wajah yang berseri-seri.
Ayat : Pengantin perempuan itu diibaratkan bagai ayam mengeram telur setelah wajahnya disolek oleh mak andam
BAGAI BELIUNG DENGAN ASAHAN
Maksud : Dua orang yang tidak pernah berpisah.
Ayat : Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Kedua adik-beradik itu bagai beliung dengan asahan.
BAGAI BERUMAH DI TEPI TEBING
Maksud : Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.
Ayat : Akibat berhutang keliling pinggang, Husin bagai berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh pemiutang.
BAGAI BUNTAL KEMBONG
Maksud : Orang yang bodoh dan sombong.
Ayat : “Perangai pekerja baru itu tidak ubah bagai buntal kembong, sudahlah dia tidak tahu apa-apa, bila ditegur tidak pula mahu menjawab,”sungut Kadir.
BAGAI DENAI GAJAH LALU
Maksud : Kerosakan yang sangat besar.
Ayat : Negara Jepun diibaratkan bagai denai gajah lalu apabila negaranya dilanda tsunami yang amat dahsyat pada minggu lepas.
Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk Masing-masing
Maksud : Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.
Ayat : Sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK
Maksud : Bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri.
Ayat : Akibat mencabul anak gadisnya sendiri, lelaki yang disifatkan bagai haruan makan anak itu akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
BAGAI HEMPEDU LEKAT DI HATI
Maksud : Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.
Ayat : Walaupun Munira sudah lama berpindah ke bandar dan Aishah masih lagi menetap di kampung,namun hubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.
Bagai kain tiga hasta
Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.
Ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.
BAGAI kambing dihalau ke air
Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya.
Ayat : Tamrin bagai kambing dihalau ke air apabila dipaksa oleh bapanya membersihkan semak di belakang rumahnya.