Sunday, 13 November 2011

Bahasa Melayu

kingmonavie.webs.com

Simpulan Bahasa


1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Zulkifli.


2. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamidon ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

3. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

4. Bantal Lengan = Berbantal Lengan
Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

5. Cacing Naik Ke Mata
Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

6. Cari Bala
Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

7. Dalam Tangan
Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

8. Dapat Hati
Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.
Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Idris sering kelihatan tersenyum sendirian.

9. Elok Budi
Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.
Contoh Ayat: Jamilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Joyah.
 
10. Embun Jantan
Maksud: Titis embun yang besar-besar.

Contoh Ayat: Jamal berbual dengan rakan lamanya di restoran mamak sehingga embun jantan turun.

No comments:

Post a Comment