Friday 18 November 2011

Gambar sekolahku

SAJAK SEKOLAHKU

SK Sungai Nibong nama sekolahku,
Sekolahku indah lagi cantik,
Muridnya ramai malahan cerdik,
Bijak, amanah, berdisiplin juga baik…..

Sekolahku permai dan juga damai…..
Tiada sengketa tiada risau,
Saling hormat-menghormati budaya kita,
Segala masalah dikongsi bersama.

Sekolahku…….Rumahku…….
Tempat belajar, tempat bermain,
Tempat menimba segala ilmu,
Jadi pedoman setiap waktu.

Peribahasa



Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Perumpamaan

BAGAI ANJING BURUK KEPALA
Maksud : Orang yang selalu dihina.
Ayat : Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala, ke mana sahaja dia pergi dirinya selalu dihina orang.

BAGAI AUR DI ATAS BUKIT
Maksud : Serah diri kepada nasib atau takdir.
Ayat : Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.

BAGAI AYAM DIBAWA KE KEPOK
Maksud : Orang yang tidak pernah masuk ke dalam majlis.
Ayat : Mak Limah dibawa oleh anak lelakinya mengikuti majlis konvokesyennya. Mak Limah bagai ayam dibawa ke kepok kerana dia tidak dapat menyesuaikan dirinya di majlis itu.

BAGAI AYAM MENGERAM TELUR
Maksud : Wajah yang berseri-seri.
Ayat : Pengantin perempuan itu diibaratkan bagai ayam mengeram telur setelah wajahnya disolek oleh mak andam

BAGAI BELIUNG DENGAN ASAHAN
Maksud : Dua orang yang tidak pernah berpisah.
Ayat : Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Kedua adik-beradik itu bagai beliung dengan asahan.

BAGAI BERUMAH DI TEPI TEBING
Maksud : Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.
Ayat : Akibat berhutang keliling pinggang, Husin bagai berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh pemiutang.

BAGAI BUNTAL KEMBONG
Maksud : Orang yang bodoh dan sombong.
Ayat : “Perangai pekerja baru itu tidak ubah bagai buntal kembong, sudahlah dia tidak tahu apa-apa, bila ditegur tidak pula mahu menjawab,”sungut Kadir.

BAGAI DENAI GAJAH LALU
Maksud : Kerosakan yang sangat besar.
Ayat : Negara Jepun diibaratkan bagai denai gajah lalu apabila negaranya dilanda tsunami yang amat dahsyat pada minggu lepas.

Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk Masing-masing
Maksud : Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.
Ayat : Sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

BAGAI HARUAN MAKAN ANAK
Maksud : Bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri.
Ayat : Akibat mencabul anak gadisnya sendiri, lelaki yang disifatkan bagai haruan makan anak itu akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.

BAGAI HEMPEDU LEKAT DI HATI
Maksud : Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.
Ayat : Walaupun Munira sudah lama berpindah ke bandar dan Aishah masih lagi menetap di kampung,namun hubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.

Bagai kain tiga hasta
Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.
Ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.

BAGAI kambing dihalau ke air
Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya.
Ayat : Tamrin bagai kambing dihalau ke air apabila dipaksa oleh bapanya membersihkan semak di belakang rumahnya.

Soalan latihan simpulan bahasa

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan ayat yang diberi.

1.   Kejayaan Anita dalam acara lumba lari di Sukan Olimpik telah menjadi _________________ peminat sukan di negara ini.
A.     buah mulut
B.     buah fikiran
C.     buah hati
D.     buah tangan

2.   Maznah ______________ untuk memberitahu masalah yang dihadapi.
A.     berat sebelah
B.     berat tangan
C.     berat hati
D.     berat tulang
3.   Mohan seorang murid yang ____________. Oleh itu, tidak hairanlah dia memperolehi 7A dalam peperiksaan UPSR.
A.     tajam akal
B.     otak uadng
C.     akal kancil
D.     hati batu

4.   Guru-guru_____________ketika pensyarah menyampaikan taklimat.
A.     mulut tempayan
B.     telinga lintah
C.     pasang telinga
D.     telinga nipis

5.   Kami semua_____________ melihat tingkah lakunya yang keterlaluan.
A.     naik angin
B.     jatuh hati
C.     besar hati
D.     beri muka
6.   Jiran Mat Chong hanya mendengar pertengkaran mereka sekeluarga tetapi tidak mahu__________.
A.     lepas tangan
B.     campur tangan
C.     harga diri
D.     panjang tangan
7.   Orang itu menyuruh Khai____________ supaya rahsia mereka tidak terbongkar.
A.     tutup jalan
B.     tutup mata
C.     tutup mulut
D.     tutup telinga

8.   Lelaki yang dicari polis itu mempunyai_____________ di dagu.
A.     tahi candu
B.     tahi lalat
C.     tahi judi
D.     tahi minyak
9.   En.Chan menyuruh Herman membaca surat khabar baginya kerana dia__________.`
A.     buta hati
B.     buta tuli
C.     buta huruf
D.     gila bahasa

10.   Raudah mempunyai seorang__________ yang tinggal di Sarawak.
A.     ibu ayam
B.     ibu pertiwi
C.     ibu angkat
D.     ibu keladi

11.    Lagak budak itu seperti orang yang pandai bermain bola, tetapi       
      sebenarnya dia adalah___________.
A.     kaki bangku
B.     kaki botol
C.     kaki lima
D.     kaki sembang

12.    Saudara sebelah ayah yang datang semalam adalah____________  
       mereka.
A.     saudara anjing
B.     saudara angkat
C.     saudara kandung
D.     saudara mara

13.    Perangai Mizan yang suka____________ mengenai hal orang lain 
       menimbulkan kebencian orang.
A.     bawa ke tengah
B.     bawa diri
C.     bawa mulut
D.     bawa nyawa
14.    Kakak saya menerima pemberian yang diberi oleh kawan-kawannya 
       sempena hari jadinya dengan___________.
A.     tangan terbuka
B.     tanda mata
C.     tangan kosong
D.     tangan panjang

15.      Rakan-rakan saya suka berbincang dengan Masitah kerana 
        dia__________.
A.     telinga nipis
B.     tangkai jering
C.     terang hati
D.     telinga kuali

16.   Walaupun Salmah ditegur oleh guru disiplin beberapa kali dia 
      masih__________ bertukar darinya.
A.     ketam batu
B.     keras hati
C.     keras kepala
D.     kacang hantu

17.    Budak nakal itu menjadi___________ supaya berlakunya pergaduhan 
       di antara dua budak lain.
A.     batu kepala
B.     batu api
C.     batu buyung
D.     batu loncatan

18.      _____________ yang berlaku di antara dua wanita itu adalah berpunca 
       daripada sikap cemburu.
A.     perang dingin
B.     perang pena
C.     perang semangat
D.     perang mulut

19.   Segala peraturan dan undang-undang semula jadi 
       adalah______________ yang ditetapkan oleh tuhan kepada   
       makhluknya.
A.     undang-undang dasar
B.     undang-undang darurat
C.     undang-undang alam
D.     undang-undang negeri

20. Isteri Encik Azlie melahirkan seorang anak lelaki. Jadi Encik Azlie
      mendapat___________.
A.     cabut lari
B.     cahaya mata
C.     darah gemuruh
D.     darah daging

Sunday 13 November 2011

Bahasa Melayu

kingmonavie.webs.com

Simpulan Bahasa


1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Zulkifli.


2. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamidon ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

3. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

4. Bantal Lengan = Berbantal Lengan
Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

5. Cacing Naik Ke Mata
Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

6. Cari Bala
Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

7. Dalam Tangan
Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

8. Dapat Hati
Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.
Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Idris sering kelihatan tersenyum sendirian.

9. Elok Budi
Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.
Contoh Ayat: Jamilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Joyah.
 
10. Embun Jantan
Maksud: Titis embun yang besar-besar.

Contoh Ayat: Jamal berbual dengan rakan lamanya di restoran mamak sehingga embun jantan turun.